Assalamu'alaikum..
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..." [Surah An-Nur:31]

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali (pembeza muslim dan bukan muslim), sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Surah Al-Ahzab:59]


SELAMAT DATANG KE BUSANA IDAMANALYA

Busana IdamanAlya telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal telekung, bag telekung, pakaian wanita, jubah, Syawl, Baju Kurung  serta kain ela dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim. Dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Busana kami berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. 


Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji, malah menjadi tarikan kerana kelembutan kainnya, terasa selesa dan sejuk bila ia dipakai untuk mengadap Yang Maha Esa. Disamping beg yang menarik untuk mengisi telekung bagi memudahkan pemilik membawa kesana-sini tanpa rasa beban. 


Kini, Busana IdamanAlya tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019 2220 809 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada idamanalya@gmail.com


Terima kasih kerana terus menyokong blog kami IdamanAlya.blogspot.com